Persoalan:
- KENAPA perlu kita simpan emas?
- APA itu pelaburan emas?
Dengan mengetahui faktor KENAPA anda perlu menyimpan emas secara automatik anda faham APA itu pelaburan emas.
Faktor-faktor KENAPA kita perlu simpan emas:
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
- Emas bernilai untuk selama-lamanya di dunia dan di akhirat. (Tetapi bukan disimpan di dunia untuk di bawa ke akhirat ya pembaca semua.)
"Mereka itu, disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehat di dalamnya dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya." -Surah Al-Kahfi (18) Ayat 31
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
- Salah satu daripada sebab kenapa anda perlu memiliki emas ialah dengan melihat kepada trend peningkatan harga emas. Ya, harga emas ada jatuh naik tetapi dalam purata setahun harganya sentiasa naik!
Graf kenaikan harga emas segram dalam RM. |
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang (inflasi).
- Emas mengekalkan kuasa belinya di dalam jangkamasa panjang.
- Selepas wang kertas memutuskan piawaian emas (wang dicetak sama dengan jumlah simpanan emas) wang kertas semakin tidak bernilai ini kerana ia dicetak atas permintaan pemerintah/kerajaan. (kekayaan boleh dicipta dengan mudah)
Satu contoh yang paling popular bagi menunjukkan kuasa beli emas yang sangat stabil ialah harga seekor kambing di dalam nilai dinar (dinar merujuk kepada syiling emas seberat 4.25 gram). Ketika zaman Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu, harga seekor kambing ialah 1 dinar. Zaman sekarang, kita masih juga boleh membeli seekor kambing dengan nilai 1 dinar.
Lagi satu contoh yang dapat di lihat ialah dengan wang RM1 pada masa dahulu, anda dapat membeli 5 ketul karipap, tetapi pada masa sekarang karipap yang sama di jual dengan harga RM1 tetapi hanya dapat 2 atau 3 ketul sahaja dan tidak mustahil pada masa akan datang dengan RM1, kita cuma dapat 1 ketul karipap sahaja atau mungkin langsung tidak dapat membeli karipap lagi...
4. Aset yang mudah dicairkan. (senang untuk ditukarkan)
- Satu lagi keistimewaan emas ialah ia merupakan aset yang paling mudah dicairkan/ditukarkan kepada tunai, tidak seperti aset lain seperti rumah atau tanah.
Jual balik. Sama ada jual balik pada penjual yang sama ketika anda beli dahulu, orang yang berminat dengan emas anda atau dimana-mana kedai emas. Ini kerana emas tetap emas.
Kalau anda tidak mahu untuk menjualnya balik tetapi memerlukan tunai. Anda boleh menukarkannya kepada pinjaman tunai dengan mudah dengan menggunakan kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu (contohnya Ar-Rahnu Agrobank, Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Yapeim dan banyak lagi). Institusi Ar-Rahnu boleh memberikan pinjaman antara 65% - 70% daripada nilai emas anda.Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa.Apabila harga emas semakin meningkat, maka nilai pinjaman yang anda akan terima menjadi semakin meningkat. Menyimpan emas memang menguntungkan.
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan.
- Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperolehi dan tidak boleh dicipta. Kuantitinya juga tidak boleh ditambah dengan mudah. Emas perlu dicari, dilombong dan ditulenkan kemudian dibentuk. Ini adalah proses yang sukar dan memakan masa dan tenaga. Justeru itu kuantiti emas tidak boleh bertambah dengan sewenang-wenangnya oleh mana-mana individu, kerajaan dan negara.
Bukan mudah menemukan emas. |
∞Ingat emas, ingat Taufiq. Saya sedia membantu.∞
No comments:
Post a Comment