Nilai Emas. Dahulu, Kini Dan Masa Hadapan


Emas telah diketahui sebagai sangat bernilai sejak zaman prasejarah lagi. Hieroglif Mesir (2600 SM) mengatakan logam dan emas ada dinyatakan beberapa kali dalam Perjanjian Lama. Dari segi sejarah Islam, zakat emas sudah lama diperaktikkan untuk membantu golongan kurang berkemampuan/miskin. Dinar(syiling emas) dirham(syiling perak) digunakan secara meluas. Penjelajahan orang Eropah (pada zaman penjelajahan Eropah) ke benua Amerika digalakkan oleh pelbagai berita yang menyatakan bahawa bahan hiasan emas digunakan secara berleluasa di kalangan orang asli Amerika, terutamanya di Amerika Tengah, Peru, dan Colombia.
Dinar-dinar emas yang pernah digunakan kerajaan Islam.

Emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah. Emas telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi, kedaulatan, dan lebih-lebih lagi peranan yang mengaitkan sifat-sifat tersebut .Seperti logam-logam bernilai yang lain, emas dinilai dengan berat troy dan apabila ia dialoi dengan logam yang lain perkataan karat digunakan untuk menunjukkan kuantiti emas yang hadir, 24 karat adalah emas tulen. Sejarah menunjukkan bahawa emas pernah digunakan untuk menyokong wang baru kertas/fiat dalam sistem yang digelar piawaian emas di mana satu unit wang kertas adalah bersamaan dengan beberapa jumlah berat emas. Dalam sistem ini, kerajaan dan bank pusat cuba untuk mengawal harga emas dengan meletakkan nilai yang mereka ingin tukarkan dengan wang kertas.

Untuk sekian lamanya nilai emas diletakkan oleh kerajaan Amerika Syarikat pada harga $20.67 per troy auns, namun pada tahun 1944 nilai ini ditetapkan pada harga $35.00 per troy auns (Perjanjian Bretton Woods, hanya wang kertas USD mempunyai piawaian emas. Wang kertas negara lain ditambat pada nilai USD). Disebabkan krisis emas (USD dicetak lebih banyak daripada simpanan emas) pada Mac 17 1968, satu skim peletakan harga dua peringkat diperkenalkan di mana emas masih lagi digunakan untuk menguruskan akaun antarabangsa pada nilai lama iaitu $35.00 per troy auns ($1.13/g) tetapi harga emas dalam pasaran persendirian dibenarkan untuk turun-naik. Pada 1971 sistem dua peringkat ini diabaikan apabila harga emas dibenarkan untuk turun-naik (Wang kertas terakhir piawaian emas USD, memutuskan piawaian emas. Perjanjian Bretton Woods dibatalkan). Semenjak 1968 harga emas pada pasaran terbuka telah turun-naik dengan luasnya, dengan rekod tertinggi $850/oz ($27,300/kg) pada 21 Januari 1980, sehinggalah ke rekod terendah $252.90/oz ($8,131/kg) pada 21 Jun 1999 (Tetapan London). Harga emas telah meningkat ke $500/oz ($16,260/kg) pada penghujung 2005, oleh sebab susut nilai USD/dolar Amerika dan inflasi akibat kenaikan kos tenaga. Sehingga kini (2011) harga emas terus meningkat kepada $1696/oz ($54,560/kg)

                                  

Oleh kerana kegunaannya sebagai stor simpanan nilai, pemilikan emas persendirian kadang kala dihadkan atau diharamkan. Di dalam Amerika Syarikat, pemilikan emas secara persendirian kecuali sebagai barang kemas atau pengumpulan duit syiling/jongkong diharamkan dari tahun 1933 ke tahun 1975.Sebagai pelaburan ketara, emas kadang kala dipegang sebagai sebahagian daripada portfolio kerana pada jangka masa yang panjang emas telahpun memiliki sejarah yang lama dalam pengekalan nilainya. Emas menjadi semakin menarik di saat-saat keyakinan rendah dan semasa hiperinflasi kerana emas mengekalkan nilainya walaupun apabila wang kertas/fiat menjadi tidak bernilai.

 
Kertas bukanlah penyimpan kekayaan sebenar.








∞Ingat emas, ingat Taufiq. Saya sedia membantu.∞

No comments:

Post a Comment