Baiklah, kali ini saya ingin berkongsi bagaimana memilih serta apakah perkara yang perlu dipertimbangkan bagi anda yang baru ingin menjadikan emas sebagai satu bentuk simpanan/ pelaburan. Berdasarkan pengalaman saya, paling asas untuk anda memilih bentuk pelaburan emas fizikal perkara-perkara berikut anda perlu ambil perhatian.
- Cuba anda buat sedikit selidik terhadap kesemua institusi atau penjual yang menjual emas fizikal dan cuba buat perbandingan harga yang dijual. Anda perlu faham, harga emas dalam bentuk fizikal sedikit berbeza dengan harga semasa dunia (spot price) memandangkan proses untuk menjadikan emas dalam bentuk fizikal melibat kos (pembuatan, insuran, pengangkutan dan cukai). Jadi yang perlu anda selidik, adakah harga yang ditawarkan terlalu mahal dari harga pasaran semasa dunia?
- Daripada siapa dan di mana anda ingin membeli dan menjual emas anda?
- Apakah ketulenan emas fizikal yang ditawarkan? Adakah 999.9 (24 karat) atau 916 (22 karat) atau sebaliknya?
- Cuba anda banding spread emas yang ditawarkan. Apakah spread? Spread emas adalah perbezaan antara harga jual dan beli. Kenapa spread penting? Lebih besar spread emas, tempoh untuk anda menjana keuntungan lebih lama.
- Masa yang sesuai untuk membeli? Bila-bila sahaja, ini kerana simpanan emas adalah untuk jangka masa sederhana dan panjang. Purata harga emas sentiasa naik. Apabila anda sudah membeli emas, anda akan ada satu harga (merujuk harga emas yang dibeli) untuk mengetahui keuntungan anda dengan memerhatikan harga emas naik atau turun dalam tempoh waktu simpanan yang anda mahukan.
- Modal untuk membeli emas, pastikan anda menggunakan wang yang tidak akan digunakan untuk tempoh terdekat (duit belanja harian). Memandangkan pelaburan emas ini sesuai untuk jangka masa sederhana dan panjang, sebaik-baiknya gunalah wang yang jarang digunakan (duit simpanan). Ini memastikan anda tidak terkesan dengan turun naik harga emas jika anda hendak menggunakan wang (menjual emas semula), sebaliknya akan mendapat keuntungan hasil simpanan emas anda dalam masa minima setengah tahun/ 6 bulan.
Harga Emas Sepanjang Tahun 2011 (Rm/Gram) |
∞Ingat emas, ingat Taufiq. Saya sedia membantu.∞
No comments:
Post a Comment