Gred-Gred Emas Fizikal



Gred-gred emas.
Emas fizikal mempunyai pelbagai gred. Gred ini berbeza bagi menentukan ketulenan dan kandungan emas itu. Harga yang ditawarkan dalam jual beli emas juga berbeza bagi setiap gred.

  • Emas 24K (999/9,999) adalah emas yang paling berkualiti dan mahal kerana kerana ia adalah emas yang telah ditulenkan sehingga 99.9% kandungan emas, biasanya dibuat jongkong, syiling, barang perhiasan/kemas dan sesuai untuk simpanan/pelaburan. Oleh kerana ketulenan yang tinggi emas gred ini bersifat agak lembut (boleh meninggalkan kesan gigitan)
  • Emas 22K (916) ditambah dengan sedikit unsur lain seperti silver atau cooper untuk mengeraskan sedikit emas tersebut, kandungan emas  sebanyak 91.6%. Gred ini majoritinya dibuat barang perhiasan/kemas dan ada juga dibuat syiling. 
  • Emas 18K (750) dengan kandungan emas sebanyak 75%, boleh dijumpai dalam pembuatan barang kemas yang mempunyai batu/kristal/permata. 
  • Emas 9K (375)  lebih dikenali dengan panggilan suasa adalah yang paling rendah kandungan emas, kandungan emasnya 37.5%.
Emas yang mendapat permintaan tinggi adalah emas 24 (999.9/999) dan 22 (916).

Peratus kandungan emas emas untuk digredkan.

Artikel ini mungkin berguna untuk penyimpan/pelabur emas, supaya anda mengetahui gred emas yang bermutu dan tulen. Bagi tujuan untuk melabur anda digalakkan memilih emas 24K (999.9/999) dan pilihan kedua emas 22K (916). 

Untuk melihat harga emas (tidak termasuk kos pertukangan/upah) mengikut gred di seluruh kedai emas di Malaysia sila klik link dibawah:

Federation Of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia


Bagi yang berminat untuk mendapatkan emas 24K (999.9/999) dalam bentuk jongkong, syiling (dinar) dan barang perhiasan/kemas, boleh menghubungi saya. Harga menarik ditawarkan dan tiada kos pertukangan/upah dikenakan (harga mengikut berat sahaja). 









∞Ingat emas, ingat Taufiq. Saya sedia membantu.∞ 

No comments:

Post a Comment